Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

KEMPEN DERMA DARAH JABATAN KERJA RAYA
​BANDAR SERI BEGAWAN
ISNIN, 25 MUHARRAM 1447 / 21 JULAI 2025

Jabatan Kerja Raya dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Kempen Derma Darah bertempat di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya. Kempen ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial Jabatan dalam menyumbangkan kepada keperluan bekalan darah negara serta memupuk nilai-nilai kemanusiaan dalam kalangan warga kerja.

Kempen ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga Jabatan Kerja Raya termasuk kakitangan dari pelbagai Bahagian/Jabatan serta orang awam yang turut hadir. Proses pendaftaran dan saringan kesihatan dilakukan dengan lancar dan profesional oleh petugas perubatan yang berpengalaman. Sepanjang kempen, sebanyak 57 beg darah telah berjaya dikumpulkan.
20250721_103225.jpg

Objektif utama kempen ini adalah untuk menyokong usaha bagi menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan, terutamanya dalam situasi kecemasan dan rawatan penyakit kronik. Selain itu, ianya juga bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan menderma darah secara berkala.

Jabatan Kerja Raya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dan berharap kempen ini menjadi contoh amalan baik yang boleh diteruskan pada masa akan datang. Sesungguhnya setitis darah yang didermakan mampu menyelamatkan nyawa.
 20250721_091053.jpg 20250721_091121.jpg
 IMG-20250731-WA0070.jpg IMG-20250731-WA0071.jpg


Attachments